• Malaysia Tanah Airku

    Hujan emas di negeri orang,
    Hujan batu di negeri sendiri,
    Lebih baik negeri sendiri.

    Mungkin negara lain jauh lebih baik daripada Malaysia, namun Malaysia mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri sebagai sebuah negara.
  • Menyiasat Kebenaran Alkitab

    Mari kita menyingkap kebenaran di sebalik setiap kisah dalam Alkitab. Adakah ianya sekadar cerita dongeng semata-mata? Atau sememangnya kuasa Tuhan yang terjadi?
  • Berdoa Untuk Malaysia

    Doakan agar Malaysia diberkati Tuhan dan dapat membangun seiring dengan negara-negara lain.

Mengatasi Musuh dalam Peperangan Rohani

4 Cara Mengatasi Musuh dalam Peperangan Rohani

    1.   Bertaubat dari segala dosa yang anda kenal dalam             hidup anda.
Jika tidak, anda seperti tujuh orang anak Skewa yang dipukul oleh seorang yang dirasuk roh jahat. (Kisah Para Rasul 19:16). Anda tidak boleh mengalahkan musuh jika hidup anda tidak suci. Walaupun kadang-kadang setan-setan perlu diusir dengan suara kuat, tetapi sebenarnya kewibawaan yang anda miliki dalam Yesus Kristus yang lebih penting. Jika kita menyimpan dosa dalam hidup kita, Si Iblis tidak akan lari. Jika terdapat sesuatu yang serupa dengan Iblis dalam hati kita, kita tidak boleh mengalahkannya.  
    2.   Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah.


Efesus 6:14-17
     Tali pinggang KEBENARAN - kebenaran Firman Tuhan, yang dipakai/ diaplikasikan      dalam kehidupan seharian. Yohanes 8:31-32
     Perisai dada KEADILAN - keadilan berdasarkan standard Tuhan, bukan standard            manusia. Roma 10:10
               Kasut KERELAAN MEMBERITAKAN INJIL - memiliki kasut membuatkan kita dapat                      berjalan jauh dalam memberitakan Injil. Kasut melindungi kaki kita dari segala benda yang                  akan mencederakan kaki kita. "Beritakanlah firman, siap sedialah baik atau tidak                                waktunya." [2 Timotius 4:2]
     Perisai IMAN - untuk memadam semua panah api daripada Iblis kerana perisai                mampu melindungi seluruh anggota tubuh
               Jenis panah api:- ketakutan, keraguan, hawa nafsu, kemarahan, rasa tertuduh,                                                penindasan 
               Bagaimana  dapat memadamkan panah api tersebut?                                                                  -  Perisai iman kita harus diminyaki dengan ROH KUDUS dan dibasahi                               dengan firman TUHAN setiap hari agar kita dapat bertahan dan                                           memadamkan panah-panah api dari Iblis. [Yudas 1:20 & Efesus 5:26]
                Ketopong KESELAMATAN - untuk melindungi kepala (fikiran) kerana fikiran menjadi                     'medan pertempuran' untuk Iblis menguasai hidup kita. [2 Korintus 10:3-5, Roma 12:2,                       Filipi 4:8]
      Pedang ROH - iaitu Firman Tuhan "sebab Firman Allah hidup dan kuat dan lebih             tajam daripada pedang bermata dua manapun, ia menusuk amat dalam. [Ibrani 4:12]

   3.     Lepaskan darah Yesus
Setiap kali anda menyebut darah Yesus, roh-roh jahat gementar dan melarikan diri kerana darah itu mempunyai kuasa. Darah Yesus membersihkan kita daripada segala dosa. Gunakanlah darah Yesus untuk melumpuhkan kerja-kerja Si Iblis. Alkitab berkata dalam Imamat 17:11 bahawa terdapat nyawa dalam darah. Jadi setiap kali kita menggunakan darah Yesus, kita melepaskan nyawa Yesus dalam situasi tersebut.
   4.     Lepaskan urapan peperangan.
   Kitalah tentera darat dan malaikat-malaikat ialah tentera udara. Tibalah masa untuk kedua-dua tentera ini bergabung tenaga untuk menggagalkan kerja pemerintah-pemerintah dan penguasa-penguasa yang telah menghalang mujizat-mujizat kita.

Sumber dipetik daripada Pastor Julius Suubi (pic) dan Bro Wagner Daniel.


Mengimpak Malaysia walaupun Situasi Negara Semakin Runsing

Masih Ada Harapan untuk Orang yang Percaya


Situasi negara kita mungkin kelihatan semakin runsing. Ringgit makin hari makin jatuh nilainya. Kepimpinan negara goyah dengan isu 1MDB dan juga penukaran menteri-menteri kabinet baru-baru ini secara mendadak. Hal pesawat MH370 yang masih terngiang-ngiang dalam minda setiap manusia di dunia ini atas misteri kehilangannya. Malah, baru-baru ini dikatakan bahagian pesawat tersebut telah ditemui, lantas mengesahkan kematian penumpang pesawat dalam Lautan India. Tidak dilupai banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta gempa bumi yang meranapkan sebahagian besar kawasan gunung Kinabalu. Ramai masih terpaku, bagaimana Malaysia boleh mengalami perkara buruk secara berterusan sebegitu. 

Namun, PERCAYALAH, Tuhan masih menjaga negara kita Malaysia. Ini hanyalah suatu panggilan untuk kembali kepada Dia dari kehidupan selamba umatNya. NECF sedang menjalankan Doa 40 hari khas untuk negara kita Malaysia. Hari ini merupakan hari ke-9 bagi saya, marilah kita bersama-sama berdoa untuk negara kita Malaysia yang tercinta. Siapa lagi yang ingin berdoa untuk Malaysia jikalau bukan rakyatnya. 

Penting sekali supaya umat Tuhan bangkit sebagai satu tubuh Kristus untuk melakukan kehendak Tuhan dengan penuh semangat, agar kuasa Injil Kristus bekerja untuk membawa perubahan kepada masyarakat di sekeliling kita lantas mengangkat Malaysia keluar dari situasi yang semakin merunsingkan ini.

SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR KUASA TUHAN YESUS KRISTUS BEKERJA DENGAN LUAR BIASA DI MALAYSIA.


2 Petrus 3:10-12

2 Petrus 3:10-12

10 Tetapi Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada Hari itu, langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan terbakar dan musnah, dan bumi dengan segala yang ada di dalamnya akan lenyap. 11 Semua itu akan dibinasakan dengan cara yang demikian. Oleh itu, bagaimanakah seharusnya kamu hidup? Kamu harus sentiasa hidup suci dan khas untuk Allah, 12 sementara kamu menantikan Hari apabila Allah mengadili dunia. Hendaklah kamu berusaha sebaik-baiknya untuk mempercepat kedatangan Hari itu. Pada Hari itu langit akan terbakar dan musnah, dan benda-benda di langit akan lebur kerana bahangnya. 


Hidup suci dan khas untuk Allah

Mazmur 34:16

Mazmur 34:16

Tuhan memperhatikan orang saleh, Dia mendengar tangisan mereka


mazmur 34:16

Yohanes 3:30

Yohanes 3:30


versi Terjemahan Baru:

Ia harus makin besar, tetapi aku harus makin kecil.

versi Today's Malay Version:

Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting.



Mazmur 59:17

Mazmur 59:17

Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu;
   Setiap pagi aku akan bernyanyi dengan nyaring tentang kasih-Mu.
Engkau telah menjadi penaungan bagiku,
   Perlindungan pada masa kesusahanku.


Yeremia 17:7-8

Yeremia 17:7-8

Tetapi orang yang berharap kepadaKu akan Kuberkati selalu. 

Dia bagaikan pokok yang tumbuh di tepi sungai yang mengalir, 
      akarnya merembat sampai ke air.
Musim panas tidak ditakutinya, 
      kerana daun-daunnya selalu hijau;
walaupun negeri dilanda kemarau,
      tidak ada kegelisahannya, 
kerana buah selalu dihasilkannya.